9 Mei 2019 - 17:08
EU Tolak Ultimatum Iran

Kesatuan Eropah menolak batas waktu 60 hari yang ditetapkan oleh Tehran ke atas negara-negara Eropah yang turut serta dalam kumpulan P5+1 (kecuali Amerika Syarikat) untuk bertindak aktif dalam melindungi hak dan kepentingan Republik Islam Iran daripada sekatan Amerika Syarikat seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian nuklear 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan Eropah menolak batas waktu 60 hari yang ditetapkan oleh Tehran ke atas negara-negara Eropah yang turut serta dalam kumpulan P5+1 (kecuali Amerika Syarikat) untuk bertindak aktif dalam melindungi hak dan kepentingan Republik Islam Iran daripada sekatan Amerika Syarikat seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian nuklear 2015.

Menurut laporan, di sebalik respon tersebut, blok itu pada ketika ini akan tetap komited terhadap perjanjian itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada hari Khamis, ketua kebijakan luar negeri Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dan menteri luar Perancis, Jerman dan UK menyatakan "kebimbangan" mereka berhubung tindakan Iran baru-baru ini yang menggantung beberapa komitmennya di bawah perjanjian itu - Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) - sebagai respon terhadap tindakan Washington yang menarik diri daripada perjanjian itu pada tahun lepas.

Iran pada hari Rabu mengumumkan bahawa ia akan berhenti mengeksport lebihan uranium dan air berat dan menetapkan tempoh 60 hari bagi lima pihak yang masih tersisa dalam perjanjian itu - iaitu Perancis, Jerman, UK, China dan Rusia - untuk mengambil langkah praktikal dalam rangka memastikan kepentingan Iran terpelihara ketika negara itu menghadapi tekanan Amerika Syarkiat.

Ketua diplomat Eropah itu turut berkata, "Kami menolak sebarang bentuk ultimatum dan kami akan menilai kepatuhan Iran terhadap komitmen mereka berkaitan tenaga nuklear di bawah JCPOA dan NPT (Perjanjian mengenai Non-Proliferasi Senjata Nuklear). Dalam hal ini, kita mengingatkan (pihak berkaitan berhubung) peranan utama IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) dalam tugas-tugas pemantauan dan pengesahan pelaksanaan Iran terhadap komitmen mereka berhubung teknologi nuklearnya." -Press TV